Thursday, November 12, 2015

Officially End of Diploma

Assalammualaikum, Kuniciwa, Anneyohasayo, Hye my beloved readers. Amacam sihat? Lama kan Dil tak update blog ni? Act, Dil nak update, banyak sangat story nak share tapi malas nak menulis. Fortunately, malam ni entah angin monsun barat daya mana tah yang sampai kat Dil, dia jadi rajin pulak nak menulis malam ni.

First of all, Dil nak ucap kata syukur dulu. Alhamdulillah 11.00 pm Dil officially end of my Diploma in Information Management. Ya Allah, jatuh air mata tengok result ha, ingat ada paper yang nak kena repeat. Ya la, lecturer sem ni suka sangat psycho, gila tak takut. Bye UiTM Kedah kita jumpa masa Dil buat clearance and graduation day nanti. Hohoho.

Secondly, thanks mama, abah because selalu support along, doakan kejayaan along sunia dan akhirat. Mama selalu cakap "anak mama ni, cakap ja tak boleh tapi kenyataan nya tak macam yang along sangka kan pun" abah pulak selalu cakap "Kalau fail, repeat jelah". Yeah, exactly abah memang suka psycho anak-anak dia. But, here I wonder about one thing, isn't  all men love to psycho their love/students/others? Sekali result dah keluar abah terus cakap " jangan lupa buat sujud syukur". Ya baik bah, along tau tu.

Thirdly, of course thanks to all my fellas yang selalu support Dil. Manja, Amal, Nanad, Itty, Ayoi selalu ada sebelah I, selalu motivate I, selalu buat I happy bila I sedih, selalu bagi something yang I sendiri tak boleh nak bagi kat uolls. thanks ya dude. Gais, please remember this "I takkan lupakan jasa and all our memories in Merbok, sampai mati I akan ingat tu kecuali la ditakdirkan I hilang ingatan one day nanti." Then, Fizah thanks ya sis sebab selalu support aku even dari jauh. Ya la sorang UiTM Arau, sorang UiTM Merbok. Thanks babe, let's party. Last sekali, thanks untuk "awak", hmm thanks ya sebab selalu ada dengan saya walaupun dari jauh, Bila saya sedih saya suka kacau masa awak yang busy ya amat tu dan awak pun terpaksa la bagi sesaat dua untuk tenangkan saya. Thanks awak. Sebenarnya, saya nak celebrate dengan awak tapi awak jauh sangat. Hmm, rindu awak. Okey sorry. Bye.

Okey let's think about next future.Hmm, Sorry guys, I'll write about this subject in the next entries. See u soon. Below I would like to share my final result with uolls. BUKAN nak show off my result tapi nak share dengan sapa yang ada ambik subjek-subjek sedemikian and ada problem boleh share dengan Dil. If ada yang Dil boleh tolong dari jauh In Shaa Allah Dil akan tolong. Okay bye. Take care.



Wednesday, August 19, 2015

Let's Have Fun Gais

Assalammualaikum, hye, hoi, kunichiwa and anneyohasayo gais. Yeayyy, masa untuk happy happy dengan all my classmates. Ya Allah best nya. Nanti dah habis dip mesti rindu kenangan kenangan hari ni dan dua hari yang akan mendatang.

20/8/15 Khamis 8.00am
We olls KIM110 5B mula menggerak kan misi kitorang di Shah Alam. Setelah bertarung dengan paper archives semalam, assignment reference sources and project besor sir azam last week hari ni we olls nak berjimba puas puas.

Hari ni we olls nak gerak ke Perpustakaan Shah Alam (PPAS) nak tengok apa yang ada kat sana. Lepas visit PPAS kitorang nak g joli puas puas. Hahaha*gelak jahat, gelak bahagia*. Gais ayuh lupakan segala duka lara perkara yang lepas. Ayuh la kita enjoy and coretkan banyak memori memori terindah and simpan dalam kotak ingatan tu elok elok.

Bye. Thanks gais.

*still otw*

Monday, August 17, 2015

First test

Assalammualaikum, hye, anneyohasayo gais. Huh lama benor dil tak update entry kan. Hahaha, sorry busy sikit. Sikit ke? Sorry bukan sikit tapi banyak sampai nak balik rumah pun tak sempat. Paling sadis bila mama dil call tanya dil "along bila nak balik? Tak sempat ka nak balik kejap?" Huh, sebak doe.

Homesick? Gila uolls tak homesick. Dil punya homesick ni ya ampun tak tau dah nak bagi tahap ke berapa. Rindu family sampai termimpi mimpi dah. Sedar tak sedar sekarang dah bulan 8. So banyak la projek projek, research, visit, assignment, test, quiz and everything yang menyemak kan otak ni.

Besok baru la nak bermula test dil untuk final sem ni. Paper entrepreneurship (ent) jadi pembuka untuk test test yang lain. Hari rabu malam test foundation archive pulak. Huh, paper tu dil memang tawakal habis la gais. Dengan lect yang demand itu ini, straight namatey, berkira markah. Dil memang redha habis la.

Okey, malas arh dil nak tulis entry panjang lebar. Mesti uolls pun malas nak membaca panjang panjang kan? Hahahaha, kesian. Okey let's stop here. See u soon gais. Wish me luck. Bye.

Sunday, May 17, 2015

REST AND READ

Assalammualaikum readers Dil sekalian. Amacam hari ni? Did you all have a nice day? I hope your day today better than yesterday you all. Hari ni Dil rasa nak share something dengan korang. Act, bulan 6 ni InsyaAllah will be my last sem in Diploma Information Management in UiTM Kedah. Alhamdulillah, result semester 4 Dil agak memuaskan Dil even though Dil tak dapat Dean List (DL)/Dekan. Tapi dengan result kali ni Dil dapat bagi my result to my parents as a anniversary present. Hehehe, Alhamdulillah.
Dari bangun tidor sampai lah sekarang Dil duduk depan PC ni cari bahan untuk sem depan. Lepak kat blog-blog senior tengok apa yang diorang cakap pasal subjek-subjek untuk next sem. Truthfully, memang Dil macam tak ready lagi nak hadap sem depan. Tak kuat lagi mental and fizikal Dil tapi apakan daya hidup perlu diteruskan. Dengan senior-senior pulak dok story itu ini. Macam seram ja. Yang Dil sure sem depan memang Dil kena hadap Sir Hafiz and Sir Azam. Harap-harap sangat Sir Hafiz tak jadi jumpa kitorang sem depan. Renyah la dia tu. Ye la since Dil sem 2 lagi Dil hadap sir tu dia punya cerewet nauzubillah derr. Sabar je lah.
Sem depan Dil ada 6 subjek nak kena hadap. Subjek nya adalah:

IMD311: INTRODUCTION TO WEB CONTENT MANAGEMENT AND DESIGN
IMD312: PREFERENCE AND INFORMATION SERVICES FOR INFORMATION AGENCIES
IMD313: FOUNDATION OF ARCHIVES
IMD314: EXTENSION SERVICES FOR INFORMATION AGENCIES
IMD315: MANAGEMENT OF LIBRARIES AND RESOURCE CENTER
ENT300: FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP


IMD311 tu Dil tak risau sangat sebab Dil dah ada basic masa kat vokay dulu. Alhamdulillah lah, kalau nak tambah pun sikit-sikit je lah. Yang Dil risaukan sangat tu ha IMD313. Apa-apa pun Dil redha je la sem depan. Selagi boleh usaha Dil usaha sampai dapat result yang terbaik and better dari sem ni. Sekian dari Dil. See you next time readers Dil.

Sunday, May 10, 2015

Blogger Editor

Assalamualaikum readers, hari ni Dil nak create post tentang sapa yang rajin nak tolong edit kan blog Dil. Act, Dil malas sangat nak edit tapi nak tulis entry tu rajin pulak. Entah la you all kadang kadang Dil pun tak faham dengan diri Dil. Then, macam mana la orang lain nak faham Dil kan. Okey abaikan. Let’s move to the main point about this entry.

Sapa yang pandai edit blog, or ada tahu mana mana blog yang bagi tutorial untuk latest template blog boleh tolong share tak. Dil tengok bayak blog yang bagi tutorial untuk template yang lama. Bila blog pun dah makin upgrade so Dil pun makin malas la nak hias hias bagai ni. If ada sapa sapa yang bosan Dil nak mintak tolong la jasa korang untuk tolong Dil editkan blog Dil. Kalau ada you all terus je email kat address ni dila.adilah26@gmail.com. Jasa korang amat lah Dil hargai. Thank you you all.

Friday, May 8, 2015

Beginners

Assalammualaikum readers, you know this is my fourth account. Hahaha, lama sangat tak update blog, tak sign in blog so Dil dah lupa segala username and password bagai. So, wujudlah akaun blog Dil kali yang ke-4. Hehehe. Act, Dil suka menulis tapi tu la bila dah buka sem mana sempat nak tulis semua tu so, terbengkalai lah segala mak nenek yang ada dalam previous blog Dil.


Sekarang ni bila cuti sem dia bosan duk kat rumah so dia mula la nak update itu ini. Nanti buka sem, dia kembali menyepi balik. Nak kerja malas so kerja dengan parents ja la kat rumah ni. Anytime boleh cuti, anytime boleh dapat gaji. Hehehe. Okay lah, for the beginners ni Dil malas nak post entry panjang berlebar lebar and this is for introduction you all. K lah, kata terakhir dari Dil. Anneyong.